CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


Sahabat alam maya (ll)

Sahabat alam maya ku
Aku tidak mengenalimu
Apatah lagi melihatmu

Begitu juga denganmu...ingin tahu siapa aku
Antara kita...
Tidak pernah berjumpa
Apatah lagi duduk bersembang
Tetapi kita tetap sahabat
Sahabat alam maya

Kita berbicara namun tidak kedengaran suaranya
Hanya jemari halus yang menari
Mengikut rentak dan irama hati
Dan dikejauhan…
Senyuman sentiasa terukir di bibir manis…tanda keikhlasan

Sahabat alam maya ku
Kita tidak mengenali
Tetapi mudah untuk memahami
Kerana ukhuwah kita ikhlas dari hati
Dan…yang pasti
Kita berpegang pada yang Satu
Allah sentiasa ada untuk kita
Allah sentiasa disisi kita

Ketahuilah dunia
Cinta kami tidak hipokrit
Cinta kami kerana Allah
Cinta sahabat untuk sahabat

Dengarlah dunia
Kami adalah sahabat
Sahabat alam maya

Sahabat alam maya ku
Terima kasih kerana memahami
Terima kasih untuk segalanya
Teruskanlah perjuangan demi Cinta pada Islam
Ikhlas kerana Allah…

No comments:

Post a Comment