CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


Sahabat alam maya (ll)

Sahabat alam maya ku
Aku tidak mengenalimu
Apatah lagi melihatmu

Begitu juga denganmu...ingin tahu siapa aku
Antara kita...
Tidak pernah berjumpa
Apatah lagi duduk bersembang
Tetapi kita tetap sahabat
Sahabat alam maya

Kita berbicara namun tidak kedengaran suaranya
Hanya jemari halus yang menari
Mengikut rentak dan irama hati
Dan dikejauhan…
Senyuman sentiasa terukir di bibir manis…tanda keikhlasan

Sahabat alam maya ku
Kita tidak mengenali
Tetapi mudah untuk memahami
Kerana ukhuwah kita ikhlas dari hati
Dan…yang pasti
Kita berpegang pada yang Satu
Allah sentiasa ada untuk kita
Allah sentiasa disisi kita

Ketahuilah dunia
Cinta kami tidak hipokrit
Cinta kami kerana Allah
Cinta sahabat untuk sahabat

Dengarlah dunia
Kami adalah sahabat
Sahabat alam maya

Sahabat alam maya ku
Terima kasih kerana memahami
Terima kasih untuk segalanya
Teruskanlah perjuangan demi Cinta pada Islam
Ikhlas kerana Allah…

Sahabat alam maya (l)

Aku dan juga kau
Siapa kita dimata mereka
Kerna Allah…ukhuwah terjalin disini
Tetapi…
Adakah kita kawan
Adakah kita rakan
Adakah kita teman
Adakah kita sahabat
Walau apapun gerangan untuk kita dimata mereka
Yang pasti…kau sahabatku
Sahabat alam maya ku

Aku disini…Kau disana…
Tetapi dimana?
Hanya Allah Maha mengetahui

Kita berjumpa kerana Allah
Kita mengenali kerana Allah
Ukhuwah disini kerana Allah
Walau hanya
Sahabat di alam maya

sepi malam tanpa ayah

Aku merenung ke luar
gelapnya malam bagai menggamit kenangan
aku masih ingat
tak mungkin akan terlupa
pada pandangan mata seorang lelaki bergelar ayah...

Aku melihat ke langit
bintang yang berkedip
bagai mengimbau sejarah silam
terasa bagai terlihat susuk tubuh tua
yang leka bekerja
aku disini di padang sepi
tanpa senyum
tanpa tawa...

Aku memandang ke luar
sunyinya malam
bagai terasa sepinya hati si tua
bagai terasa peritnya jiwa si bapa
menanti panggilan aku...anaknya
menunggu pulangnya aku...harapannya

Kurenung langit yang gelap
cuba mencari kekuatan dalam kepayahan
cuba mencari cahaya dalam gelapnya malam
hati kecil berlagu sepi
Oh Tuhan...
ampunkan HambaMU yang terlupa
ampunkan HambaMU yang terleka
lupa pada jerih perih seorang ayah
leka dengan indahnya maya
hingga lupa pada hati seorang bapa
bahagiakan dia Ya Allah...
kerna aku tidak mampu mengesat air matanya lagi

Gelapnya malam ini
terdengar laungan keramat
membisik kata semangat
hanya doa mampu ku iringkan
untukmu wahai si tua... bergelar ayah...

memori itu

hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan untuk aku. hari ini genaplah setahun pemergiaan insan paling aku sayang...ayah kesayanganku,abah. walaupun sudah 1 tahun berlalu,aku masih tetap merinduinya...aku masih seperti dulu,sentiasa dalam duka..menangis hiba,merintih pemergiaannya yang tidak akan kembali lagi.

aku tahu semuanya sudah tertulis,perjalanan hidup yang ditentukan oleh Allah. bukan nya aku tidak redha dengan pemergiaannya,aku cuma belum sedia untuk berjauhan dengan nya...mungkin silap aku juga kerana tidak menyiapkan diri dari awal untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. aku pasrah pada ketentuan-Nya.

mengimbas kembali saat mencemaskan itu, membuatkan aku berasa semakin sedih. dia yang beransur pulih,tiba-tiba sakit kembali..kali ini makin teruk.puas dipujuk untuk ke hospital...akhirnya dia setuju dengan harapan boleh kembali sembuh seperti kali pertama masuk wad.tetapi,Allah Maha mengetahui segalanya...dia pergi tidak akan kembali lagi,pergi untuk selama-lamanya.
semuanya tidak dijangka,tiada persiapan yang dibuat...semua masih dalam keadaan terkejut.

pada saat akhir hidupnya,hanya aku yang melihat wajahnya yang penuh kesakitan..hanya aku yang terakhir dapat melihatnya bergerak.
pada hari itu,13 julai 2008...ibu menyuruhku menemani abah dalam van ambulan yang menghantarnya ke hospital,kerna ibu ingin membersihkan segala-galanya yang keluar dari mulut dan duburnya,bagi mengelak dari diganggu syaitan dan iblis...seolah-olah ibu dapat merasa sesuatu akan berlaku.
sepanjang berada dalam van ambulans,hati aku tidak tenang...macam-macam yang aku fikirkan,tambah lagi dengan bunyi siren ambulans yang membuat jantung aku bergerak lebih pantas dari biasa.bila aku ratapi raut wajah abahku,aku terasa pilu..sedih melihatnya yang dalam kesakitan.aku cuba berbicara dengan nya...tidak kusangka itu merupakan kali terakhir aku berbicara dengannya.
sampai dihospital,semuanya tidak kena..sehingga semua benda ditangan aku jatuh.aku bersyukur kerana ada seorang pakcik yang menenangkanku..pakcik yang selalu membantu keluargaku.aku menanti abang-abangku datang dengan perasaan cemas,aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. bila tiba salah seorang abangku,aku merasa sakit hati...macam-macam yang keluar dari mulutnya,kata-kata yang menyakitkan. kenapa tidak buangkan ego dalam keadaan seperti ini?

tidak lama kemudian,doktor keluar untuk memberitahu keadaan abah. kenapa mesti kata-kata yang menyakitkan keluar dari mulut doktor itu?
doktor menyuruh memanggil semua ahli keluarga kerana keadaan abah kritikal.
kenapa? kenapa? kenapa?

pada larut malam itu,ibuku datang bersama adik-adikku...semuanya dengan muka yang terkejut lagi menyedihkan. selepas 5 minit,doktor menyuruh kami semua masuk dan memberitahu...dia sudah tiada,pergi untuk selama-lamanya.
aku tergamam,seolah tidak percaya..
yang lebih memilukan, aku lambat mengetahui dia telah pergi...walaupun aku berada dihadapannya..mungkin kerana aku tidak mempercayainya.mereka yang lain terus keluar sedangkan aku masih dihadapan dia...sehinggalah aku mendapat telefon dari kakak aku.

- betul ke abah dah xde?
+ eh,xde la..ada lagi..ni perut abah masih bergerak lagi
- abih,ol call..cakap abah dah xde?
+ ish,die tipu je 2..main2 je...
sambil aku berbual dengan kakakku,aku masih melihat keadaan abah...namun aku tergamam bila melihat perut abah sudah tidak bergerak lagi sebaik saja nurse melepaskan benda ditangannya...rupa-rupanya,betullah..abah aku sudah tiada.benda yang dipegang oleh nurse itulah yang membuatkan perut abah masih bergerak...nurse itu mengepam bagi membantu pernafasan,namun gagal.
+ za,betullah abah dah xde..nurse yang pam tadi,2 perut bergerak
- yeke....(akakku terus menangis bagai anak kecil)

aku keluar mendapatkan keluargaku,semuanya menangis...aku cuba menahan mataku dari menangis.ku pergi tempat yang jauh dari mereka dan terus menangis...aku tidak ingin mereka lihat aku menangis,aku mesti kuat untuk mereka.bila rasa ok,aku masuk kembali dalam hospital untuk menemani abahku yang kaku di perbaringan.
kakak aku call lagi,aku berbual dengannya sambil memerhatikan abahku yang sedang tidur...rasa ingin aku mengejutkannya,rasa ingin aku menggerakkannya..menggeletek badannya seperti yang selalu aku buat dulu2.
aku luahkan segalanya ketika berbual dengan kakakku..tika ini airmata aku tidak terbendung,mengalirnya deras...sambil diperhati oleh semua orang yang ada disekelilingku.

bila sudah selesai semuanya dihospital..kami terus bergerak kehospital.saat ini,aku jua lah yang menemani abahku cuma berlainan kenderaan...kalau tadi van ambulans,kini van mayat pula..tidak aku menyangka aku akan masuk kedua-dua kenderaan ini. aku yang menghantarnya kehospital,aku jualah yang membawanya balik kembali..cuma kali ini,berlainan suasana.
dalam kenderaan itu,aku cuma menitiskan airmata sambil memerhatikan sebujur tubuh yang kaku diperbaringan..lebih pilu,sayu hatiku bila mendengar bacaan ayat suci alquran yang dipasang oleh pemandu itu.
ya Allah,kuatkan hati hambamu ini....

Aku Sendiri

Dahulu…
Ku lihat ramai teman-teman bersama gembira, bertepuk tampar,bermain bersama, ke mana sahaja bersama-sama, berkongsi suka dan duka. Tapi aku, duduk di suatu sudut keseorangan, tiada keceriaan, tiada kegembiraan, tiada tangisan, tiada kesedihan….
Hanya aku…..aku sendiri….
Kini…
Ku sudah punya ramai teman, di sana dan di sini merata-rata teman…kadangkala berjalan dengan yang ini…dan kadangkala dengan yang itu….Mengikut naluri demi untuk gembira. Tapi ku rasakan jiwa dan hatiku masih kosong….seolah-olah tiada siapa di sisi,tiada teman menemani….hanya ada tangisan, hanya ada kekecewaan….
Hanya aku…..aku sendiri….
Nanti…
Ku harapkan bebunga gembira singgah di hati menaburkan benihnya, pohan duka bertukar ceria, jiwa lara kembali ceria. Moga dengan kehadiran benih gembira, diriku yang sering menjadi penghuni lubuk hati akan melupakan kedukaannya… tiada lagi tangisan,tiada lagi kedukaan…bukan hanya ada aku,tapi ada semua dan tak mungkin lagi…..
Aku sendiri….

Warkah Si Pengemis Bisu (ii)

Ibu
Maafkan diriku…
Ampunilah si pengemis bisu ini
Pada bicara hati yang sukar untuk difahami
Untuk bahasa isyaratku yang sukar dimengerti
Namun, tidak pula aku menyalahkan dirimu…
Ibu sayangku

Ibu
Maaf atas pemergiaanku
Aku tahu kau memerlukan ku…untuk menemanimu
Aku tahu kau sunyi tanpa kasih anak-anakmu disisi
Aku tahu kau sedih, kecewa… saat aku jua pergi tinggalkanmu
Tetapi ibu…ketahuilah
Cinta dan kasihku hanya untukmu
Doaku sentiasa mengiringi dirimu…
Ibu kasihku

Ibu
Izinkan kaki ku melangkah pergi
Restuilah pemergiaanku
Iringi perjalanan si pengemis bisu ini dengan doamu
Agar pengemis bisu ini dapat bicara tanpa puisi cinta

Ketahuilah
Perginya aku…demi mencari sinaran hidup
Agar jalan hidupku…jauh dari ketakutan kegelapan
Perginya aku…untuk mengubati kesakitan terpendam
Agar aku…masih lagi terdaya memegang janjiku pada Ayah
Janjiku…nasib ibu tidak akan dipersiakan
Redhailah, restuilah…doakanlah pengemis bisu ini…
Ibu cintaku

Ibu
Maafkan diri ini
Kerana tidak dapat bersamamu di Hari Ibu kali ini
Tiada hadiah semahal batu permata dapat kuberikan
Hanya cinta, kasih, sayang yang tulus yang mampu ku titipkan buatmu
Hanya doa yang ikhlas ku pinta dari-Nya untuk kebahagiaanmu dunia akhirat
Hanya ungkapan cinta untukmu…
Selamat Hari Ibu, ibu kesayanganku
Aku cinta padamu…Aku sayang padamu

Bukan niatku untuk menjauhi…apatah lagi meninggalkanmu bersendirian
Kau tetap ibuku dunia dan akhirat
Kerana hanya kau ibu…
Yang mampu meminta syurga untukku dari yang Maha Esa
Kerana kau ibuku…
Ibu syurgaku

Ibu
Maafkan diriku
Andai aku melukakanmu dengan perbuatanku
Ampunilah diriku
Andai aku mengguris hatimu dengan bicaraku
Maafkan pengemis bisu ini
Andai dirinya derhaka padamu

Percayalah…
Cintaku suci hanya untukmu, emak cintaku
Kasihku tulus hanya buatmu, ibu kasihku
Sayangku ikhlas hanya padamu, ummi sayangku
Rinduku menggunung buatmu…abah, jiwaku yang hilang



Ibu
Maafkan diri ini
Kerana terpaksa menderhaka padamu
Bukan niatku ibu..mengertilah ibu,percayalah ibu..bukan niatku untuk menderhaka
Aku terpaksa ibu…aku mohon derhaka ibu
Ampunkan diriku ibu…kerana menderhaka

Warkah Si Pengemis Bisu

Ibu
Di warkah ini aku mengadu
Tinta ini ibarat tangisanku
Hanya ini…yang mampu kuberikan padamu
Tanda cinta…sayang padamu
Moga dirimu sudi mendengar isi hatiku

Ibu
Aku tidak mengerti..apatah lagi memahaminya
Dan tidak pula pernah aku bertanyakan padamu
Adakah kau cinta padaku
Adakah kau sayang padaku
Adakah dihatimu masih ada ruang untuk ku bertamu
Walaupun hanya seketika

Ibu
Ku perlukan cinta tulus mu
Ku dambakan kasih suci mu
Ku rindukan pelukan…ciuman kasihmu ibu
Untuk aku tahu
Aku masih ada dirimu
Aku tidak bersendirian di bumi Allah ini

Ibu
Andai kau tahu derita anakmu ini
Hanya tangisan…hanya kedukaan
Hanya bertemankan memori silam yang tidak mungkin akan kembali

Ibu
Betapa lemahnya diri ini untuk terus mengemis
Betapa seksanya diriku tanpa cinta dan kasihmu
Betapa jiwa ini menderita…hati ini cemburu
Pada dia,dia,dia…mereka yang lebih kau sayangi

Ibu
Apa salah ku padamu…apa dosaku
Adakah aku Si Tanggang yang membuat ibunya mengalirkan airmata
Derhakakah aku pada dirimu ibu
Aku hanya meminta cintamu
Aku hanya mengemis kasihmu

Aku hanya pengemis bisu
Derhakakah aku…

Ibu
Betapa penatnya menjadi pengemis bisu
Diherdik,dicaci…dihina
Ditinggalkan bersendirian dipenjara ini
Hanya menjadi sandaran pada mereka yang hanya mementingkan diri
Izinkan aku ibu…
Untuk terbang mencari sinar hidupku

Maafkan diriku ibu…
Pada dosa-dosa yang tidak terniat
Andai aku mengguris hatimu..

Ampunilah si pengemis ini
Andainya dia Si Tanggang yang derhaka

Ibu
Diwarkah ini aku menangis
Tinta ini juga merasai…menitis hiba
Hanya Allah menjadi saksi
Mendengar suara si pengemis bisu..merintih hiba

Betapa aku mencintaimu
Menyayangi..mengasihi dirimu
Dulu,kini….dan selamanya
Kau lah permata yang tiada ternilai
Kau lah ratu hatiku
Kau lah kunci syurgaku
Aku bangga kau ibuku…

Ibu
Inilah hati anakmu
Aku cuba untuk bersuara…namun,tiada yang mendengarnya
Kerana aku…hanya Si Pengemis Bisu





Ibu,ibu…engkaulah ratu hatiku. Bila kuberduka,kau hiburkan selalu…
Ibu,ibu…engkaulah ratu hatiku…

Tiada Lagi Senyuman

ibu
satu saat dulu
kau bahagia dengan senyuman dibibir
kau gembira bersama anakmu
kau damai disamping suamimu
namun..mengapa kini
tiada lagi senyuman
tiada lagi belaian
hanya rintihan sayu kudengar

anakmu belum mengerti
tetapi...
hanya satu yang kufahami
ayah tak mungkin kembali
ayah tak mungkin memberi kasih sayangnya lagi
ayah tak mungkin menemaniku lagi
kerna kutahu...ayahku telah pergi

ibu
tabahkanlah hatimu
andai kau tahu derita anakmu
melihat mutiara putih dipipimu
bagai menusuk sembilu dikalbuku
kujua ingin merintih..ingin meratapi..
ingin menangis...
namun...
air mataku sudah kemarau
hanya sisa air mata kegembiraan
yang akan gugur...

namun..bilakah ianya gugur...
tatkala kumelihat senyummu ibu...

Puisi Rindu Untuk Abah

Abah
Aku rindu padamu
Rindu pada senyumanmu…
Rindu suaramu menasihati diriku…
Tapi kini…
Rinduku tidak berbalas
Tiada lagi dirimu untuk menhadiahkan senyuman di pagi hari
Tiada lagi kau disisi untuk menenangkan diriku
Aku rindu abah…

Abah
Andai saja kau masih ada disisiku
Mungkin jalan hidupku lebih sempurna
Aku tidak bersedia…untuk kehilanganmu
Aku terlalu sayang padamu…
Dan kini, aku terlalu merinduimu
Namun…
Dimana harus aku tempiaskan rinduku ini
Tiada yang sudi menyayangiku sepertimu
Tiada yang boleh mengganti dirimu dihatiku
Aku rindu abah…

Abah
Terlalu banyak yang ingin kucoretkan buatmu
Suka,duka…pedih jiwaku..
Aku sunyi tanpa dirimu..
Andai saja kau masih ada disisiku
Akan ku peluk dirimu seeratnya…melepaskan rindu dihati
Akan ku genggam jemarimu…memohon ampun pada kekhilafan diri
Aku rindu abah…

Abah
Wajahmu kurindu…
Kasihmu kudamba…
Potretmu meruntun jiwa…
Membuat jiwaku semakin tersentuh…semakin derita merinduimu
Aku rindu abah…

Puisi Surat Untuk Ayah

Ayah
saban hari aku menahan rasa
semakin terpendam terasa bisanya
aku tidak mengerti ini semua
adakah aku masih disayangi ibu

Ayah
bukan aku tidak mahu mencapai bintang dilangit
bukan aku tak mahu menggilap tembaga menjadi emas
aku ingin sekali menjadi anak kesayangan ibu
aku tahu hanya kau,ayah…tetap sayangkan aku seperti dulu

Ayah
aku tetap akan memikul janji
teringin sekali ingin melupakan
segala tragedi yang menghantui kita

Tapi…sukar untuk ku ayah
Kerana sisa kepahitan masih ku rasa

Ayah
kini kita tidak seperti dulu lagi
pelbagai usaha aku lakukan tetapi tidak berhasil

Aku jua tidak mengerti ayah…kenapa ibu?
apa yang ibu mahukan?
ayah
aku masih lagi merinduimu diketika ini
aku juga memerlukan ibu…tapi ayah..

Aku bersendirian….

Puisi Cinta Untuk Abah

ABAHKU
Berat mataku memandang
Sayu hatiku merintih
Namun..berat lagi bahumu memikul
Sedang badanmu..yang menanggung sakit deritaTangan,kaki dan badanmu
Lemah,kaku…membisu di perbaringan
Tangan mu di ikat
Mulutmu ditutup
Kaki mu..tergantung beban yang terlalu berat
Sesekali bibirmu bergerak..namun,sukar untuk difahami

Tiada lagi senyuman terukir
Aku rindu…aku sayu,aku pilu

Aku mengerti derita mu
Aku fahami sengsara mu
Tapi aku hanya insan kerdil
Andai Ar-Rauf memberi ku kesempatan
Pasti ku pinta keajaiban berlaku
Andai Ar-Rahman bertanyakan hajat ku
Pasti ku mohon agar penderitaan mu berakhir
Dan sudah pasti…ku mohon agar jangan dipisahkan aku dengan dirimu dulu
Kerana aku..masih memerlukan mu
Kerana aku..terlalu lemah tanpa dirimu
Kerana aku..sayangi dirimu
Terlalu mencintai mu

Namun aku redha..
Aku tahu semuanya tidak mungkin akan berlaku
Kerana semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz

Dia Al-‘Azim, Dia Al-Aziz, Dia Al-Mumit….Dia juga Al-Muakhir
Sesungguhnya Dia..cinta hakiki ku… Al-Khaliq
Mana mungkin aku menentang kehendak-Nya

Kepulangan mu mengadap Illahi
Membawa pergi hatiku bersama mu
Namun..aku redha
Kerana disebalik kesedihan ku ini
Ada rahmat..hikmah yang tersirat
Kerana… ABAH ku bebas dari derita nya kesakitan
Kerana…ABAH tidak sakit lagi

Ya Allah Dzul-Jalali,Al-Muktadir..juga Al-Muta’ali
Sesungguhnya aku bersyukur
Kerana aku masih ada As-Samad
Ku sujud tanda mencintai-Mu
Ar-Rahman, Ar-Rahim…Kau juga Al-Malik
Ya Allah Ya Tuhanku….