CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


LAILATUL QADAR

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Aishah r.anha berkata,“Ya Rasulullah! Beritahulah kepada aku sekiranya aku tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya aku pohon?”Baginda S.A.W. bersaba,“Katakanlah : (Allhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna)Ya Allah sesunnguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkaulah sukakan pengampunan,maka ampunilah daku.”Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan At-Tirmizi.Jadi kawan2,marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini..Mudah2an semua dosa kita yg lalu diampunkan ALLAH s.w.t..insyaALLAH
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA

Peringatan Buat Yang Lupa

1: JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa.kerana mati boleh datang bila-bila sahaja

2:JANGAN ego untuk meminta maaf daripada ibubapa dan pada sesama manusia kalau memang kita yang bersalah.

3:JANGAN mengumpat sesama rakan dan taulan.Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.

4:JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.Nanti kita menjadi sombong apabila berjaya kalau gagal kecewa pula.

5:JANGAN bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita tanpa sedari

6:JANGAN banyak ketawa Nanti mati jiwa

7:JANGAN biasakan berbohong,kerana ini adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

8:JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat termakbulkan Allah.

9:JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

10:JANGAN mempertikaikan kenapa islam berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba ciptaannya.
ILMU itu lebih baik daripada hartanya. ILMU menjaga engkau dan HARTA pula mesti engkau jaga.
ILMU itu penghukum ( hakim ) dan HARTA terhukum.
HARTA itu kurang apabila dibelanja TAPI ilmu bertambah bila
dibelanja
.

Warkah Ke Syurga

Kedinginan malam yang tadinya berwajah ceria, tiba-tiba menjadi suram...hati teringat pada seseorang. Aku rindu dia...rindu menatap wajahnya,rindu mendengar suaranya. Aku rindu memanggil namanya...
Hatiku tiba-tiba merinduinya...terasa sedih,pilu,sakit...kerna merinduinya..
Andai dapat kuputarkan waktu...andai aku diberi kesempatan lagi...andai aku tahu semuanya akan berakhir...

Abah, Andai ini ketetapan yang tersurat untuk Amie..Redha-Nya sahaja yang Amie harapkan.
Untuk Amie menyusuri jalan..merentasi dunia-Nya. Semoga Abah bahagia disana...Semoga Abah ampunkan dosa-dosa yang Amie lakukan. Walaupun ianya tidak akan Abah dengar lagi.. Tapi yang pasti Bah, Amie rindu sangat pada Abah, Rindu sangat-sangat…

Al-Fatihah untuk Abah...

Seharum cempaka buat ayahanda, Kasihmu tetap dihati...
Akan kusiram pohon cempaka itu, setiap hari..
Moga tetap subur dihati, Tenang bersemadi selamanya...
_____________________________________________________

SEPI MALAM TANPA AYAH
Aku merenung ke luar
gelapnya malam bagai menggamit kenangan
aku masih ingat
tak mungkin akan terlupa
pada pandangan mata seorang lelaki bergelar ayah...

Aku melihat ke langit
bintang yang berkedip
bagai mengimbau sejarah silam
terasa bagai terlihat susuk tubuh tua
yang leka bekerja
aku disini di padang sepi
tanpa senyum
tanpa tawa...

Aku memandang ke luar
sunyinya malam
bagai terasa sepinya hati si tua
bagai terasa peritnya jiwa si bapa
menanti panggilan aku...anaknya
menunggu pulangnya aku...harapannya

Kurenung langit yang gelap
cuba mencari kekuatan dalam kepayahan
cuba mencari cahaya dalam gelapnya malam
hati kecil berlagu sepi
Oh Tuhan...
ampunkan HambaMU yang terlupa
ampunkan HambaMU yang terleka
lupa pada jerih perih seorang ayah
leka dengan indahnya maya
hingga lupa pada hati seorang bapa
bahagiakan dia Ya Allah...
kerna aku tidak mampu mengesat air matanya lagi

Gelapnya malam ini
terdengar laungan keramat
membisik kata semangat
hanya doa mampu ku iringkan
untukmu wahai si tua... bergelar ayah..



"Allah jua penentu segalanya,namun aku masih disini mencari, masih tak pasti…hidup ini indah jika segalanya kerna Allah.. Cahaya jingga kan menjadi nyata, ku menuju pada-Mu Ya Rabb.
Pimpinlah aku…amin."

Hari Lahirku di Bulan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk berada dimuka bumi ini. Hari ini merupakan hari kelahiranku…ini bermakna beranjak lah 1 angka lagi menjadikan usiaku genap 24 tahun. Yang istimewanya hari lahir aku kali ini ialah kerana ia jatuh pada bulan ramadhan...bulan kerahmatan.

Aku teringat kata-kata ustazah di rancangan ‘Semanis Kurma’…seelok-elok nya pada hari jadi kita yakni hari kita dilahirkan,sebaiknya kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah,hari lahir kali ini jatuh pada bulan ramadhan…ku berharap,aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk berpuasa pada hari lahirku.

Pejam celik, pejam celik…sudah 24 tahun aku dimuka bumi Allah ini,aku bersyukur Ya Allah kerna masih diberi kesempatan untuk ku bersama insan-insan kusayang. Namun,tidak pula aku lupa pada Ayahanda tercinta…tahun ini abah tidak dapat bersamaku. Aku rindu abah..Al –fatihah buat Abah. Harapanku, agar dapat aku berjumpa dengan dia,abahku…di syurga nanti..amin.

“Allahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira”

24 tahun..terasa diri ini semakin menginjak dunia ‘orang dewasa’…faktor sekeliling banyak mematangkanku. Pengalaman pahit manis, suka duka perjalanan hidupku…aku harungi jua walaupun terkadang aku tersungkur di persimpangan jalan, mengalah pada nasib yang sudah ditentukan. Namun,tidak pula aku ingin terus jatuh tersungkur untuk selamannya..aku harus bangkit, meneruskan jalan hidup yang tersisa dengan sendirinya tanpa mengharapkan belas ikhsan daripada insan lain..dan syukur, Allah ada untuk ku,Dia sentiasa disisiku. Dan pada Dia lah, aku bersujud…meluahkan segala yang tersimpan dilubuk hatiku. Hanya Dia yang mendengar, memahami, mengerti isi hatiku sekalipun aku tidak bersuara…hanya Dia yang setia menemani hidup sepiku.

Ya, aku harus bangkit…bersemangat untuk mengejar apa yang sudah tertinggal dibelakang. Aku harus mulakan hidup baru tanpa ada tekanan yang sama menghantui,aku tidak akan biarkan emosi, hasutan dan nafsu syaitan menguasai diri lagi. Ya,aku cuba…akan ku cuba muhasabah diri menjadi yang baik..InsyaAllah.

Di hari lahirku ini, aku berharap agar ada sinar menyinari hidup sepiku..agar ada cahaya sudi singgah menerangi malam gelapku…agar ada hidayah dari Allah,untukku muhasabah diri menjadi lebih baik…amin.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur pada-Mu atas nikmat dan kurniaan-Mu.