CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


Hari Lahirku di Bulan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk berada dimuka bumi ini. Hari ini merupakan hari kelahiranku…ini bermakna beranjak lah 1 angka lagi menjadikan usiaku genap 24 tahun. Yang istimewanya hari lahir aku kali ini ialah kerana ia jatuh pada bulan ramadhan...bulan kerahmatan.

Aku teringat kata-kata ustazah di rancangan ‘Semanis Kurma’…seelok-elok nya pada hari jadi kita yakni hari kita dilahirkan,sebaiknya kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah,hari lahir kali ini jatuh pada bulan ramadhan…ku berharap,aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk berpuasa pada hari lahirku.

Pejam celik, pejam celik…sudah 24 tahun aku dimuka bumi Allah ini,aku bersyukur Ya Allah kerna masih diberi kesempatan untuk ku bersama insan-insan kusayang. Namun,tidak pula aku lupa pada Ayahanda tercinta…tahun ini abah tidak dapat bersamaku. Aku rindu abah..Al –fatihah buat Abah. Harapanku, agar dapat aku berjumpa dengan dia,abahku…di syurga nanti..amin.

“Allahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira”

24 tahun..terasa diri ini semakin menginjak dunia ‘orang dewasa’…faktor sekeliling banyak mematangkanku. Pengalaman pahit manis, suka duka perjalanan hidupku…aku harungi jua walaupun terkadang aku tersungkur di persimpangan jalan, mengalah pada nasib yang sudah ditentukan. Namun,tidak pula aku ingin terus jatuh tersungkur untuk selamannya..aku harus bangkit, meneruskan jalan hidup yang tersisa dengan sendirinya tanpa mengharapkan belas ikhsan daripada insan lain..dan syukur, Allah ada untuk ku,Dia sentiasa disisiku. Dan pada Dia lah, aku bersujud…meluahkan segala yang tersimpan dilubuk hatiku. Hanya Dia yang mendengar, memahami, mengerti isi hatiku sekalipun aku tidak bersuara…hanya Dia yang setia menemani hidup sepiku.

Ya, aku harus bangkit…bersemangat untuk mengejar apa yang sudah tertinggal dibelakang. Aku harus mulakan hidup baru tanpa ada tekanan yang sama menghantui,aku tidak akan biarkan emosi, hasutan dan nafsu syaitan menguasai diri lagi. Ya,aku cuba…akan ku cuba muhasabah diri menjadi yang baik..InsyaAllah.

Di hari lahirku ini, aku berharap agar ada sinar menyinari hidup sepiku..agar ada cahaya sudi singgah menerangi malam gelapku…agar ada hidayah dari Allah,untukku muhasabah diri menjadi lebih baik…amin.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur pada-Mu atas nikmat dan kurniaan-Mu.

No comments:

Post a Comment