CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


Peringatan Buat Yang Lupa

1: JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa.kerana mati boleh datang bila-bila sahaja

2:JANGAN ego untuk meminta maaf daripada ibubapa dan pada sesama manusia kalau memang kita yang bersalah.

3:JANGAN mengumpat sesama rakan dan taulan.Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.

4:JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.Nanti kita menjadi sombong apabila berjaya kalau gagal kecewa pula.

5:JANGAN bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita tanpa sedari

6:JANGAN banyak ketawa Nanti mati jiwa

7:JANGAN biasakan berbohong,kerana ini adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

8:JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat termakbulkan Allah.

9:JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

10:JANGAN mempertikaikan kenapa islam berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba ciptaannya.
ILMU itu lebih baik daripada hartanya. ILMU menjaga engkau dan HARTA pula mesti engkau jaga.
ILMU itu penghukum ( hakim ) dan HARTA terhukum.
HARTA itu kurang apabila dibelanja TAPI ilmu bertambah bila
dibelanja
.

No comments:

Post a Comment