CERITERACINTA 'inilah hatiku...si pengemis bisu'


Puisi Cinta Untuk Abah

ABAHKU
Berat mataku memandang
Sayu hatiku merintih
Namun..berat lagi bahumu memikul
Sedang badanmu..yang menanggung sakit deritaTangan,kaki dan badanmu
Lemah,kaku…membisu di perbaringan
Tangan mu di ikat
Mulutmu ditutup
Kaki mu..tergantung beban yang terlalu berat
Sesekali bibirmu bergerak..namun,sukar untuk difahami

Tiada lagi senyuman terukir
Aku rindu…aku sayu,aku pilu

Aku mengerti derita mu
Aku fahami sengsara mu
Tapi aku hanya insan kerdil
Andai Ar-Rauf memberi ku kesempatan
Pasti ku pinta keajaiban berlaku
Andai Ar-Rahman bertanyakan hajat ku
Pasti ku mohon agar penderitaan mu berakhir
Dan sudah pasti…ku mohon agar jangan dipisahkan aku dengan dirimu dulu
Kerana aku..masih memerlukan mu
Kerana aku..terlalu lemah tanpa dirimu
Kerana aku..sayangi dirimu
Terlalu mencintai mu

Namun aku redha..
Aku tahu semuanya tidak mungkin akan berlaku
Kerana semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz

Dia Al-‘Azim, Dia Al-Aziz, Dia Al-Mumit….Dia juga Al-Muakhir
Sesungguhnya Dia..cinta hakiki ku… Al-Khaliq
Mana mungkin aku menentang kehendak-Nya

Kepulangan mu mengadap Illahi
Membawa pergi hatiku bersama mu
Namun..aku redha
Kerana disebalik kesedihan ku ini
Ada rahmat..hikmah yang tersirat
Kerana… ABAH ku bebas dari derita nya kesakitan
Kerana…ABAH tidak sakit lagi

Ya Allah Dzul-Jalali,Al-Muktadir..juga Al-Muta’ali
Sesungguhnya aku bersyukur
Kerana aku masih ada As-Samad
Ku sujud tanda mencintai-Mu
Ar-Rahman, Ar-Rahim…Kau juga Al-Malik
Ya Allah Ya Tuhanku….

No comments:

Post a Comment